“Bila Dah Tua Bangka Baru Nak Mula Hafal Surah, Nasib Ada Cikgu Kecik Boleh Semakkan..”

Bilamana satu Malaysia kecam hebat apa yang di lakukan suaminya, dia di lihat tenang dan sabar. Bila suaminya di fitnah dengan pelbagai tomahan, dia juga tenang dan tidak cepat melenting. Malah dia juga bijak menyusun tutur kata bila bercakap dan percakapannya tidak menyakiti hati orang lain.Wajahnya berseri dan dia di lihat cantik di pandang selain punya penampilan yang menarik. Itulah dia susuk seorang wanita yang bernama Datin Sri Shahida Mohd Rashid.
Walaupun suaminya menerima banyak tomahan dari orang sekeliling, namun DS Shahida tidak pernah membalas semula dengan kata-kata kasar di laman sosial. Jika ada untuk meluahkan perasaan sedih dan kecewa,setiap susun ayatnya di atur baik tanpa menghina dan mengecam semula sesiapa.
Hal ini membuatkan ramai yang suka dan sayang pada DS Shahida . Dia dikatakan seorang wanita yang rendah diri dan kuat agama. Malah ramai netizen memuji suaranya sangat sedap ketika mengaji al-Quran. Jika ada waktu lapang, DS Shahida akan membaca al-quran dan mendengar bacaan al-Quran yang dihafaz oleh anaknya. Kali ini, giliran beliau membaca sambil diperdengarkan oleh anak sulungnya, Ammar Ahyan.

VIDEO :


Berikut adalah komen-komen netizen pilihan SL yang positif di laman Instagram beliau.

Tak kisah tua asalkan belajar

Bestnya Datin.. Menghafaz sama-sama dengan anak 😍

In Shaa Allah keluarga kita akan terpelihara

Belajar dengan anak-anak juga, lidah liat.. Alhamdulillah 👍🏻✅💖

Tak ada kata terlambat dalam mengkaji ilmu agama

Teks oleh : Staf Soya Lemon
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close