Tak Sempat Jelajah Dunia, Wanita Mati Dirogol Lepas Baru Seminggu Travel



Sekarang ni dah jadi macam satu trend untuk pergi travel sorang-sorang. Solo travel ni memang seronok tapi ada risikonya. Menurut Dailystar, seorang wanita dikenali sebagai Maria Mathus ni nak sangat travel solo jelajahi dunia sebelum sesuatu di luar jangkaan berlaku.
Gadis berusia 25 tahun tersebut ambil keputusan untuk mengembara dan berkongsi muziknya dengan seluruh dunia. So Maria memutuskan Costa Rica sebagai negara pertama untuk dikunjungi.

Sumber: Dailystar
Pun begitu, mayat Maria tiba-tiba dijumpai terdampar di sebuah pantai seminggu lepas dia mulakan pengembaraan solo. Sebelum ni Maria ada muat naik gambar di media sosial untuk menghebohkan pengembaraan solonya tu.

“Akhirnya saya dah mulakan pengembaraan lepas sekian lama bercita-cita nak menjelajahi dunia secara solo.”
“Masanya dah tiba! Costa Rica!”

Sumber: Dailystar
Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica memaklumkan bahawa mayat Maria dijumpai meninggal dunia di sebuah resort surfing popular Santa Teresa del Cobano. Sumber rasmi melaporkan bahawa Maria bersama dengan seorang wanita British di pantai sewaktu dorang diserang dua lelaki yang cuba nak merompak.

Wanita British tu sempat lari dan minta bantuan tapi Maria dilaporkan diserang, dirogol dan dilemaskan ke dalam laut. Menurut Kementerian, dua orang suspek kejadian dah ditangkap. Salah seorang suspek dikatakan bertindak menyerang Maria manakala seorang lagi merogol wanita malang berkenaan.

Sumber: Dailystar
Hati-hati kalau nak travel sorang-sorang!


About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close