Dituduh Kantoi Main Kotor? Ini Penjelasan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Oleh Rakan Sepasukan Buat Ramai Orang Tergamam!!



Percayalah, apa yang terjadi pada pelumba Johor dan Terengganu dalam perlumbaan berbasikal lebuhraya SUKMA Perak ini bukanlah aksi yang disengajakan tetapi takdir telah menentukan segalanya. Apa-apa boleh jadi dalam perlumbaan walaupun sudah hampir ke garisan penamat.


Untuk pengetahuan semua, pelumba Johor tidak mengahalang atau cuba menjatuhkan pesaing dari Terengganu. Pelumba Johor ada masalah teknikal basikal di 150m akhir ke garisan penamat untuk pecutan terakhir bagi mendapatkan pingat emas tetapi nasib tidak menyebelahi pelumba Johor yang menghadapi kegelinciran tayar lalu rantai basikalnya terjatuh dari landasan tetapi beliau masih lagi dapat mengawal basikalnya dari terjatuh. Pelumba Terengganu cuba mengelak insiden itu tetapi beliau terlanggar roda belakang pelumba Johor yang menyebabkan beliau jatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan. Selepas itu, Pelumba Johor menamatkan perlumbaan tersebut dengan berlari ke garisan penamat bersama basikal yang ditolak.



Selepas insiden pelanggaran itu berlaku di akhir perlumbaan, pelumba Johor yang kedua iaitu Mohamadsaari Amri berada di kelompok kedua menamatkan saingan di tempat yang pertama bersama-sama kelompok kedua manakala Fitri Amar tidak sempat menamatkan saingan di tempat pertama selepas insiden perlanggaran berlaku.


Untuk rakan-rakan dan masyarakat yang masih salahkan Pasukan Johor, tidak mengapa. Anda tidak tahu perkara yang sebenar kerana korang tidak berada di tempat kejadian. Pasukan Johor dan Terengganu tiada masalah pun sebenarnya dan pelumba masing-masing pun dah minta maaf atas apa yang terjadi semalam. Mungkin bukan rezeki mereka. Rise up!
#jangankecam #sukmaperak2018



 





Sumber: https://za.gl/KTOh4
FB Hafizul Asyraf Black

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close