Ini perjelasan BERANI Aktres bertudung Nadya Syahera terhadap adegan lakonannya yang bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim !! Mesti Baca memang Berani dan mengejutkan..




KUALA LUMPUR 12 Okt. – Aktres bertudung Nadya Syahera, 23, menjelaskan, adegan lakonannya yang bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim biarlah Allah yang mengadilinya
Berkata kepada Utusan Online, gadis kelahiran Kuala Nerang, Kedah itu menyatakan bahawa penampilannya yang menutup aurat adalah demi memenuhi saranan agama yang dituntut
“Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar, enggan hipokrit, berpura-pura baik di hadapan khalayak. Isu bersetuhan dengan lelaki, itu dosa yang perlu saya tanggung sendiri
“Masyarakat di luar sana bebas membuat persepsi sendiri, tiada siapa boleh menghalang. Di dunia realiti, begitulah cara hidup saya. Bagaimanapun, saya sedar akan batas pergaulan yang perlu dihadkan.” katanya memberi penjelasan
Nadya Syahera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan yang diperkatakan netizen di laman sosial sementelah menyaksikan lakonan agresifnya sebagai antagonis menerusi siri Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You
Bercerita perkembangan terbaharunya, Nadya Syahera akan menempuhi fasa baharu karier lakonannya apabila bakal terlibat dalam pementasan teater Dia Semanis Honey arahan Michael Ang di Istana Budaya
“Walaupun masih mentah, saya bertuah kerana diberi peluang berlakon teater, satu lagi cabaran baharu buat saya. Jadi ia tidak akan saya persiakan untuk meneroka kredibiliti lakonan yang dimiliki,” katanya berkongsi khabar

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close