'Maaf, Saya Gagal Beri Didikan Sempurna Untuk Adik Saya' - Abang Suspek


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki merompak dua wanita dengan bersenjatakan parang di depan pondok pengawal keselamatan, viral di media sosial, semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi menunjukkan mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi, cuba melarikan diri ke dalam kawasan perumahan tersebut. Namun terhalang apabila pengawal keselamatan yang bertugas enggan membenarkan mereka masuk kerana kedua-dua mangsa bukan penduduk di situ. 

Di kesempatan itu, suspek yang memandu kereta Honda Accord tahun 1994, keluar dari kereta dan menghampiri kereta mangsa, lalu menghunuskan parang ke dalam kereta di depan pondok pengawal. Suspek memberi amaran agar pengawal keselamatan agar tidak campur tangan. 

Panik dengan keadaan itu, kedua-dua mangsa keluar dan lari dari kereta. Namun salah seorang mangsa dikejar oleh suspek yang kemudian merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Gara-gara terlalu panik, mangsa terlupa menarik brek tangan menyebabkan keretanya merempuh palang pos kawalan sehingga bengkok sebelum melanggar sebuah lagi kereta yang diparkirkan di bahu jalan. 

Difahamkan, mangsa telah diekori oleh suspek sebelum kejadian itu berlaku.

Sementara itu di media sosial, tersebar luahan seorang lelaki yang dipercayai abang kepada suspek. 

"Assalamualaikum and hello everyone. Untuk orang Islam, mati itu pasti, barzah itu pasti dan lebih menakutkan masyar itu pasti. Sebelum saya berada di masyar untuk menjelaskan perkara di atas, saya memohon jutaan maaf atau ada bahasa yang lebih tinggi dari itu saya ingin gunakan untuk memohon maaf kepada semua terutama sekali kepada mangsa di atas kegagalan saya memberi didikan yang sempurna untuk adik saya di dunia dan akhirat kerana gambar dan video di atas, 99% adalah adik kesayangan saya. 

"Pada yang mengenali mangsa, boleh sampaikan kepada mangsa untuk menuntut ganti rugi dari saya dengan menghubungi saya melalui Facebook. 


"Walaupun saya tahu ia tidak setimpal dengan apa yang terjadi, maafkan saya sekali lagi. Saya memohon agar sahabat-sahabat semua mendoakan agar adik saya peroleh hidayah (Hidayah milik Allah) dan menjadi manusia yang lebih baik di masa hadapan," katanya.



Difahamkan, kereta yang digunakan oleh suspek telah ditemui. - The Reporter

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close