Rakaman doktor cabut pisau di muka lelaki jadi viral!!




Diego Rocha Moreira (kanan) menarik keluar pisau sepanjang 20 sentimeter yang tertusuk di wajah pesakitnya. AGENSIBRASILIA 15 Julai – Rakaman detik mengerikan seorang pakar bedah di Brazil mengeluarkan pisau sepanjang 20 sentimeter yang tertusuk di wajah seorang lelaki menjadi viral di media sosial baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online, video berdurasi 20 saat itu menunjukkan aksi Dr. Diego Rocha Moreira menarik keluar pisau tersebut sambil pembantunya memegang kepala pesakit.
Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 22,000 kali selepas dimuat naik oleh seorang pakar bedah mulut dan maksilofasial, Profesor Felipe Jaeger di laman Instagram @maxillofacialtips.
“Sebilah pisau tertanam di muka lelaki ini di bahagian hidung di sebelah kanan wajahnya sebelum dirujuk ke hospital tempatan. Prosedur mengeluarkan pisau berjaya dilakukan dan pesakit boleh pulih sepenuhnya,” kata Jaeger di laman sosial tersebut.
Pesakit berusia 28 tahun itu dilaporkan tidak merasa apa-apa ketika prosedur tersebut dilakukan kerana telah diberi ubat anestetik dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.
Namun tidak dapat dipastikan punca sebenar bagaimana pisau tersebut tertusuk ke wajah pesakit itu.



About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close