Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, penghinaan terhadap Jalur Gemilang tidak dapat diterima dan negara terlibat seharusnya turut meminta maaf kepada Malaysia.
"Kami akan turut menghantar memorandum (bantahan) ke Kedutaan Australia di atas kelakuan biadap rakyat mereka itu," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.