Mufti Besar Arab Saudi fatwa catur haram ??


MAKKAH, Jumaat – Satu klip video menunjukkan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Bin Abdullah, memfatwakan catur adalah haram kerana permainan itu membuang banyak masa, menjadi viral di negara Arab dan mendapat liputan meluas akhbar, sejak semalam.
Dalam klip video yang beredar di kalangan media sosial sejak semalam, Sheikh Abdulaziz dilaporkan berkata:
“Permainan catur membuang banyak masa dan merugikan wang. Ia juga menyebabkan permusuhan dan kebencian di antara individu.”
Beliau menyamakan catur dengan maisir – satu permainan pada zaman pra-Islam – di mana pemainnya menggunakan anak panah bagi memenangi secebis daging unta, yang diharamkan menurut al-Quran.
Catur, satu permainan sejak zaman purba dan dilaporkan berasal dari India dikatakan popular di Negara Teluk.
Sheikh Abdulaziz dikategorikan sebagai tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah paling berkuasa di Arab Saudi mengeluarkan fatwa itu ketika menjawab soalan dalam satu rancangan mingguan televisyen tempatan.
Walaupun fatwa itu dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar berbahasa Arab semalam, klip video berkenaan dikatakan disiarkan kali pertama pada 2014.
Beberapa laporan media dikatakan tersilap menyatakan bahawa kenyataan itu adalah fatwa baharu dan sekarang ini permainan catur dilarang di Arab Saudi.
Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Undang-Undang Persatuan catur Arab Saudi, Musa Bin Thaily, mengesahkan bahawa fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.
Bagaimanapun, kenyataan Musa bahawa Sheikh Abdulaziz ‘seorang yang tua’ dan tidak menyedari bahawa pemain catur tidak bertaruh, mendapat kecaman netizen dan penyokong Mufti Besar itu. – Agensi

Sumber:
http://www.ismaweb.net/

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close