FARA FAUZANA LUAH PERASAAN KONGSI GAMBAR SIJIL KURSUS HAJI



Pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana, 36 berkongsi luahan hati pagi ini di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.
Fara juga melampirkan catatan yang ada kaitan dengan rancangan menunaikan ibadat haji selain secara simbolik merujuk kepada kemelut yang dihadapinya.
Fara yang sepatutnya menamatkan zaman bujangnya pada hari ini telah bertindak untuk membatalkan perkahwinan beliau dengan jejaka bernama Hafiz awal September lalu.
Beliau turut menulis di laman Instagramnya itu bahawa setiap apa yang dirancang hanya ALLAH SWT yang mengetahuinya.
“Doakan agar ALLAH SWT izinkan FF untuk menjadi tetamu di tahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya lapor Sinar Harian.

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close