Pokemon Go punca lebih 110,000 kemalangan dalam masa 10 hari lihat kesannya..



KEMALANGAN maut di Knoxville, Amerika Syarikat pada 20 Julau lalu ini dikatakan berlaku apabila seorang pemandu kenderaan memasuki lorong bertentangan ketika bermain Pokemon Go. – AGENSI
WASHINGTON – Satu kajian baharu di Amerika Syarikat (AS) mendapati lebih 110,000 kemalangan berlaku dalam tempoh 10 hari disebabkan pemandu dan pejalan kaki yang leka bermain permainan telefon pintar Pokemon Go, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pasukan penyelidik berkenaan meneliti sampel rawak 4,000 mesej Twitter dan laporan berita yang tertera perkataan Pokemon sepanjang tempoh 10 hari itu.
Berdasarkan penelitian mereka, pasukan penyelidik itu menganggarkan terdapat sebanyak 113,993 kemalangan melibatkan pemandu dan pejalan kaki yang hilang tumpuan kerana bermain Pokemon Go.
Seorang lelaki memandu merempuh sebatang pokok, manakala sekurang-kurangnya 14 pelanggaran yang dipercayai berpunca daripada permainan itu berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Seorang penyelidik berkenaan, Dr. John Ayers yang bekerja di Universiti San Diego, California berkata, kemalangan-kemalangan itu merupakan “kesan sampingan yang berbahaya”.
Permainan itu memerlukan pemain mencari raksasa maya yang muncul dalam persekitaran sebenar dan dipaparkan pada skrin telefon bimbit mereka.
Pokemon Go menerima pujian kerana menggalakkan kanak-kanak bersenam apabila mereka keluar mencari raksasa Pokemon.
Namun, kajian terbaru yang disiarkan dalam jurnal JAMA itu merumuskan Pokemon Go tidak selamat kerana menyebabkan pemandu serta pejalan kaki menjadi terlalu leka. – AGENSI

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close