Gambar terkini mangsa 'Gara-Gara Handphone, Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas'


Lebih teruk lagi, lelaki itu tinggal bersendirian. Tiada sesiapa yang mendengar tangisan dan jeritannya meminta tolong. Sepanjang malam dia terpaksa meniarap di tandas itu dengan tangannya tersangkut dalam lubang tandas. 

Mujur salah seorang jirannya terdengar jeritannya meminta tolong, sekitar jam 5 pagi.Namun ia mengambil masa hampir sejam untuk jirannya mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada mangsa sebelum menghubungi pihak bomba yang datang terpaksa memecah masuk rumah mangsa. 

Pihak bomba menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan seperti itu sekiranya barang peribadi terjatuh ke dalam lubang tandas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sebelum ini, pernah berlaku di mana kepala seorang lelaki tersangkut dalam mesin basuh semi automatik selepas mangsa cuba membaiki mesin tersebut. - The Reporter

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close