Wanita Hadir Ke Perkahwinan Suami Sendiri Diceraikan Talak Tiga, Tiada Setitik Air Mata Pun Jatuh


Sebelum ini tersiar menjadi viral dilaman sosial sebuah video seorang wanita telah hadir ke majlis perkahwinan suaminya sendiri yang didakwa berkahwin secara senyap-senyap dengan perempuan lain tanpa memaklumkan apa-apa kepadanya.
Dalam luahan sebelum ini, wanita berkenaan dikatakan telah ditinggalkan suaminya selama 3 bulan atas alasan hendak pergi ke Melaka atas urusan kerja dan menghilangkan diri.
Semalam, wanita berkenaan, Nor Idayu Zulkifli,25, telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Badrul Hisham Mahtar,24, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Nor Idayu melalui laman Facebooknya semalam mengesahkan dia dan bekas suaminya sudah bercerai di mahkamah, semalam(1/3).
Menurutnya apa yang dihebahkan sebelum ini yang dia sudah bercerai talak tiga dengan bekas suaminya pada bulan sembilan tahun lalu adalah tidak benar kerana ketika itu mereka masih bahagia pergi berbulan madu dan 'camping' dengan kawan-kawan.
"Ini barulah bukti yang sah kami sudah bercerai, ini yang saya nanti-nantikan selama ini, tidak kisahlah talak berapa janji dilepaskan."
"Tidak ada setitik air mata pun yang mengalir apabila diceraikan talak tiga, malah saya rasa bersyukur kerana jauhkan diri saya daripada insan yang tidak bersyukur," kata Idayu.

Beliau dalam apda itu bersyukur kerana bebas daripada penderitaan yang dihadapinya selama ini dan berdua bekas suaminya itu bahagia bersama sehingga syurga. - Siakapkeli.my

 "Tidak ada setitik air mata pun yang mengalir apabila diceraikan talak tiga, malah saya rasa bersyukur kerana jauhkan diri saya daripada insan yang tidak bersyukur," kata Idayu.
Beliau dalam apda itu bersyukur kerana bebas daripada penderitaan yang dihadapinya selama ini dan berdua bekas suaminya itu bahagia bersama sehingga syurga. - Siakapkeli



About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close