'Super Kreatif Anak Akak Ni!'


KUALA LUMPUR - Viral gambar sebuah kereta diconteng dengan lukisan dipercayai dilakukan oleh anak kepada pemilik kenderaan tersebut, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Gambar yang dimuat naik oleh Muhamad Fahmi itu membuatkan ramai netizen geli hati. Mana tidaknya, hanya mereka yang berhati kental saja sanggup memandu kereta yang penuh dengan lukisan seperti itu. 

"Saya tak kenal akak tetapi saya percaya akak mempunyai anak yang super kreatif. Saya percaya akak seorang yang sabar, tabah lagi positif. Saya salute!" kata Fahmi. 

Menurut Lokman Aziz, jiran kepada pemilik kenderaan tersebut, anak kepada pasangan ini sememangnya nakal. Namun mereka tetap memberi layanan yang baik kepada si kecil itu. 

"Jiran aku ni, anak dia nakal. Tetapi ayah dia terbaik. Bila balik kerja, penat-penat pun pakai baju kemeja melayan anak petang-petang main badminton bersama-sama. Kadang-kadang masa main, client call," katanya. 

Sementara itu, netizen mengambarkan lukisan yang dilukis itu jelas sekali menunjukkan bahawa mereka adalah sebuah keluarga bahagia. 

"Jangan marah anak-anak anda andai mereka terlebih kreatif. Itu menandakan yang anak-anak anda seorang yang genius. Untung sangat-sangat, mana ada kereta orang lain seperit itu. Hanya kereta anda sahaja, patut bangga." kata Cikgu Are Long. 

"Tak apalah kak. Semua itu kenangan yang tidak dapat kita beli dengan wang ringgit. 20 tahun lagi tak akan ada dah anak-anak kita yang akan buat benda seperti ini sebab mereka dah besar. Masa itu pasti akak akan merindui saat ini," kata Ida Joe. 

Anda bagaimana? - The Reporter

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close