Alhamdulillah harap tabah ye adik, "Budak mangsa go kart bertambah baik! Ini gambar terbaru adik Muhammad Izz Daniel Izwan ",,



Kuantan: Keadaan Muhammad Izz Daniel Izwan, 7, yang terselamat daripada rempuhan kenderaan go-kart ketika menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Indera Mahkota di sini, bersama anggota keluarganya semalam, bertambah baik hari ini.
Pengarah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Datuk Dr Ardi Awang berkata berdasarkan pemeriksaan CT Scan semalam terhadap kanak-kanak itu menunjukkan tiada kecederaan dalaman yang serius termasuk tiada tulang patah.
"Cuma muka bengkak sedikit di pipi disebabkan kecederaan tisu lembut dan kelopak mata juga agak membengkak. Selepas ini kanak-kanak itu akan menjalani pemeriksaan mata," katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Dr Ardi berkata pemeriksaan ultra sound yang dijalankan terhadap Muhammad Izz Daniel juga tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam perutnya dan kesakitan dalam perut dialami kanak-kanak itu berkurangan.
Bagaimanapun, beliau berkata kanak-kanak berkenaan masih berada dalam pemantauan pihak hospital.
Dalam kejadian 11.30 pagi semalam, bapanya Izwan Isa, 39, dan adik perempuannya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HTAA manakala ibunya Siti Suhaiza Seman, 38, cedera ringan.
Universiti Teknologi Malaysia adalah penganjur perlumbaan itu bersama kerajaan negeri Pahang menerusi Tourism Pahang.
Kemalangan dikatakan berlaku apabila tiga kenderaan go-kart bergesel sesama sendiri ketika perlumbaan mengakibatkan sebuah daripadanya terbabas dan merempuh mangsa.

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close