YA Allah Sakitnya!! Kanak-Kanak lelaki patah tangan selepas terjatuh dan ini perjelasan Pihak Guru Sekolah tersebut.


PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki patah tangan selepas terjatuh, dipercayai akibat kecuaian sendiri, Jumaat lalu. 

Menurut Mohd Khairul Ahmad, mangsa terjatuh semasa melompat di pagar beranda Surau Al-Rahman, Presint 16. 

"Masa dia melompat nak duduk di pagar beranda, dia terjatuh ke belakang. Tiada kejadian tolak menolak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial. 

"Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu semasa dia sedang menunggu ayahnya datang menjemputnya pulang," katanya yang juga mendapat info tersebut dari Imam surau berkenaan. 


Terdahulu, sebuah laman perkongsian maklumat trafik harian mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani Kedah. Menurut sumber pihak terbabit, mangsa telah ditolak oleh rakannya. 

Bagaimanapun, pihak guru sekolah berkenaan tampil menafikan dakwaan bahawa kejadian itu berlaku di sekolah mereka. - The Reporter

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close