Dalam berbisnes jangan hanya pentingkan untung sebelah pihak sahaja, kepuasan pelanggan merupakan perkara paling utama dalam memastikan perniagaan kekal lama dan terus maju. Yang penting kenalah sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan kerja yang dah diamanahkan.
Kesian sungguh dengan nasib yang menimpa keluarga gadis ini, lain yang dijanjikan lain pula yang dapat. Pelamin ditempah untuk majlis kahwin dikenakan cas RM600 tapi hasilnya?? Urmm korang tengoklah sendiri.
Terima pallet buruk jam 1 pagi
Pallet buruk hanya stapler entah pape. Hampa sungguh. Dah la bunga 2 ketui tu ambik dari photo booth kami.
Harap kejadian ni tak menimpa korang semua.Tersangat la ralat bila pelamin yang ditempah diterima tak seperti yang diminta..Tempahan pelamin dan deposit pada 11/5. Majlis 16/9. Tempoh yang cukup panjang untuk disiapkan. Tapi apa yang kami terima?? Palete buruk yangg dihantar pukul 1 pagi.. dan kerusi dihantar pukul 830 pagi 2 jam sebelum majlis.Sikap tanggungjawab langsung tak ada bila diberi peluang untuk baiki balik. Cuma mesej, “ini je mampu dibuat” dengan pelbagai alasan. Datang pasang dan bukak pelamin tanpa kata apa-apa.
Layak ke dapat baki bayaran?
Ini je yang kami mampu buat?
Inilah kononnya pelamin yang dijanjikan
Layak ke kedai pelamin ni dapat baki bayaran pelamin??Bukan niat nak tutup periuk nasi orang. Tapi jadikn pengajaran agar perkara sama tak berulang pada orang lain.Jujurlah dalam perniagaan sebab itulah tempat rezeki anak beranak.Berniaga ni banyak dapat pahala kalau orang puas hati tapi kalau jadi camni??? Camna??? Pikirlah sendri. Wallahualam..#berniagakrnAllah
sumber: Yana Jasmine