JDT juara Liga Super 2016




Pasukan JDT muncul juara Liga Super buat kali ketiga berturut-turut.


PETALING JAYA: Pasukan Johor Darul Ta'zim meraih gelaran juara Liga Super lebih awal selepas menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos Larkin, Jumaat malam.

Biarpun masih berbaki dua lagi perlawanan , skuad kendalian Mario Gomez ini sekali lagi mencipta sejarah dengan rekod tanpa kalah sepanjang aksi liga setakat ini.

"Saya amat berbangga dengan kejayaan ini kerana  pemain-pemain-pemain telah bekerja keras sejak Januari lalu untuk saingan Liga Super ini.

"Pasukan ini tidak ada pemain utama kerana kami satu pasukan. Bagi saya 'kami' adalah kunci kejayaan ini," jelasnya selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, JDT meraih gol melalui sepakan penalti oleh Jorge Pereyra Díaz (29') dan kapten pasukan Safiq Rahim (83').

Manakala Diaz turut menambah rekod jaringan peribadinya (17 gol) apabila menambah gol ketiga pada minit ke-85.

JDT berjaya mengumpul 52 mata daripada 20 perlawanan dan bakal melengkapkan jadual perlawanan liga musim ini dengan bertemu T-Team pada 24 September dan aksi akhir menentang Selangor pada 22 Oktober depan.

Sementara itu Melaka United muncul juara Liga Perdana 2016 selepas mengikat seri 1-1 ke atas JDT II.

Melaka United mengumpul 49 mata daripada 20 perlawanan keseluruhan. 

Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu bakal melengkapkan dua perlawanan terakhir musim ini dengan bertemu PKNS (21 Sept) dan aksi akhir berdepan dengan Sime Darby pada 21 Oktober ini.

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close