Nyaris maut, nasib kepala lori tergantung atas jambatan!!!



GAMBAR menunjukkan keadaan kepala lori yang tergantung di atas sebuah jambatan di Qingyuan, China. - Peoples Daily

Beijing: Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas sebelum tergantung di atas sebuah jambatan.

Lori itu yang membawa beberapa kereta dirakam tergantung di tepi jambatan setinggi 150 meter di lebuh raya yang terletak di Qingyuan di wilayah Guangdong.

Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Lori sepanjang 30 meter itu dilaporkan membawa 23 kereta dari wilayah Anhui di timur China menuju ke wilayah Guizhou di selatan negara itu.

Pemandu lori, Yang Song berkata, ketika kejadian dia s memandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan. - Metro

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close