( VIDEO ) “Penyokong kena sokong, sokong apa, beli lah jersi. Saya tengok kat stadium tu carca merba, semua warna ada. Tak boleh kah pakai baju warna pink, maruah tergadaikah pakai baju warna pink? Itu yang saya sedih”.. Dato Vida Marah, Tegur Penyokong Kelantan


Dato Vida Marah, Tegur Penyokong Kelantan

Penaja pasukan Kelantan, Dato Vida dilihat tidak berpuashati apabila ada segelintir penyokong The Red Warrior Pamoga Qu Puteh yang tidak menyokong sepenuhnya pasukan Kelantan.
Kata Dato Vida, ada penyokong TRW yang tidak mahu memakai jersi pink / merah jambu pasukan Kelantan dan ternyata dia kecewa dan sedih dengan keadaan itu.
“Penyokong kena sokong, sokong apa, beli lah jersi. Saya tengok kat stadium tu carca merba, semua warna ada. Tak boleh kah pakai baju warna pink, maruah tergadaikah pakai baju warna pink? Itu yang saya sedih”
“Semangat ada, cakap itu cakap ini, boleh tak laburkan, jadi sponsor, beli satu jersi untuk diri sendiri, pakai cantik bergaya hilang dari panas dan pakai jersi hari-hari dan bola pakai jersi warna pink nampak keseragaman”
“Sokong jangan pakai air liur, kena bagi sesuatu kepada pasukan. Kalau tak nak pakai jersi warna pink, ada warna merah dan biru.”
Itulah antara luahan Dato Vida kepada pasukan Kelantan. Ini video nya:

About Unknown

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close